Thursday, October 23, 2008

Duit lama


Duit ini zaman pemerintahan Jepun.Gambar kerbau digunakan pada wang ini dan sebhagian lainya menggunakan pokok kelapa,pokok getah dan sebagainya.

Dulu memang mudah nak dapat tapi sekarang kena rajin mencari barulah boleh dapat.Ini sebahagian dari koleksi yang aku milikki.

Thursday, July 10, 2008

Si Tanggang Disumpah Ibunya!



Yang baik jadikan teladan,buruk jadikan sempadan.Video ini menceritakan bagaimana seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya.Kisah ini berlaku di negara Arab sana.Tidak kisah di mana ianya berlaku,yang pasti tersimpan seribu pengajaran daripadanya.Jadikannya sebagai iktibar untuk kita semua.

Monday, June 23, 2008

Barang lama untuk dijual!


Gerek Tua berjenama New Hudson untuk dijual.

Lokasi: Taiping Perak

Harga: RM570 ( boleh dirunding )

Kelengkapan: Raga posman diberi jika membeli gerek tua ini.

Jika berminat boleh hubungi/sms ke +60194659535 atau email pada bangsalgerektua@yahoo.com



Lampu Karbaid.

Jika berminat boleh sms ke 0165474948

Harga boleh dirunding..sementara stok masih ada..

HOW TO RECOVER WIN XP PASSWORD



Ever needed to retrieve a lost Windows administrator password? Well with an open source software package called OPHCRACK you can. You must have physical access to the target computer and be able to boot from CD.

All you need to do is download the OPHCRACK live cd from sourceforge (the link is below) :

Then burn the ISO to a CD, boot from the CD and OPHCRACK will start automatically cracking the passwords. It has always worked for me, but I know it’s not 100% fool proof. Remember hacking passwords can take a while and you should never do it on a computer that you are not authorized to do so..


Have fun breaking those passwords with this great Windows password recovery software.

Thursday, June 19, 2008

Billionaire Melayu

"Orang Melayu boleh berjaya asal tekun berusaha serta sabar diuji masa -- Atasi sikap malu dan malas"



Isu yang dibincangkan hanya satu - tentang sikap sesetengah korporat Melayu berjaya yang keberatan turun ke bawah membantu anak bangsa. Isu itu dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

``Saya pun naik semangat bercakap tentang hal orang Melayu ini walaupun tadi ada rasa mengantuk sedikit,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tengah malam Rabu lalu.

Syed Mokhtar adalah salah seorang daripada orang Melayu berjaya yang diketahui umum banyak menyumbang kepada pengembangan anak bangsa. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.

``Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,'' katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

Dalam wawancara ini, Syed Mokhtar juga ditanya tentang tanggapan umum terhadapnya yang dilihat sebagai seorang ahli perniagaan yang kerjanya mengambil alih kepentingan demi kepentingan pelbagai syarikat.

``Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tidak ada esok,'' katanya. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Syed Mokhtar mengakui bahawa semua itu bukan untuk dirinya sendiri sebaliknya beliau mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

Wawancara ini adalah antara sedikit yang pernah diberikan oleh tokoh korporat yang selalu cuba mengelak daripada tumpuan media. Ditanya kenapa beliau bersedia ditemu bual pada kali ini, Syed Mokhtar menjawab: ``Saya mahu membela diri.''

``Saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan serong tentang diri saya.''

MINGGUAN: Bagaimanakah Tan Sri melihat hubung kait diri Tan Sri dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

SYED MOKHTAR: Saya menikmati jasa dasar itu semasa memulakan perniagaan dulu, daripada pinjaman Mara sehinggalah kepada bangunan kedai UDA. Saya produk DEB tetapi semua ini melalui proses selama 34 tahun.

MINGGUAN: Dalam tempoh lebih 34 tahun ini, apakah rahsia kejayaan Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Tidak ada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja, cuma proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa saja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.

Saya sendiri melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini. Tidak ada jalan yang singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini dari kecil lagi, dan saya juga biasa kena tipu.

Saya memang sudah buat keputusan dari awal bahawa saya mahu buat sendiri. Saya tidak gadai lesen dan permit yang saya ada.

MINGGUAN: Ini tentang know how atau know who?

SYED MOKHTAR: Semasa mula berniaga dulu saya tidak ada kenal sesiapa. Tetapi selepas saya mengembangkan perniagaan ini memang faktor know who itu penting juga. Bangsa lain tidak mengapa tetapi orang Melayu dalam berniaga kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.

Dasar DEB itu tidak sia-sia. Saya boleh mempertahankan manfaatnya. Ini bukan masalah dasar tetapi masalah manusia yang tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik.

Saya juga mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal.

Tidak banyak peniaga Melayu yang buat macam Tan Sri - dapat empat permit lori walaupun cuma mampu pakai dua, yang baki itu tidak dijual.?

SYED MOKHTAR: Alhamdulillah, Tuhan tidak gerakkan hati saya buat kerja-kerja itu. Saya yakin, insya-Allah dua buah lori lagi saya boleh beli kalau saya rajin berusaha. Saya percaya kalau perniagaan saya maju dan tidak cukup lori, saya tentu kena minta lagi. Jadi walaupun hanya mampu beli dua buah lori, dua lagi permit itu saya simpan untuk masa depan.

MINGGUAN: Maksudnya kena sabar menunggu?

SYED MOKHTAR: Memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Semasa mula-mula berniaga dulu saya pun biasa kena tindas, bukan saja dengan bangsa lain tetapi dengan orang Melayu yang dipergunakan.

Saya terpaksa bersaing dengan orang Cina yang sudah jauh lebih maju dan boleh juga mendapatkan lesen daripada orang Melayu yang sanggup menggadainya.

MINGGUAN: Semasa mula berniaga Tan Sri bekerjasama dengan orang Cina. Kenapa?

SYED MOKHTAR: Kita perlu menggunakan kepakaran mereka kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham, kita berkongsi dengan mereka dengan tujuan untuk belajar daripada mereka. Apabila sudah faham barulah kita boleh menjaga kepentingan kita.

Sampai sekarang saya masih berkongsi dengan orang Cina tetapi saya juga terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.

MINGGUAN: Bagaimanakah lahirnya Yayasan Al-Bukhary ini?

SYED MOKHTAR: Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.

Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.

Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina. Saya sebenarnya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.

MINGGUAN: Maksudnya?

SYED MOKHTAR: Orang Melayu semuanya sama. Pendirian politik itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Dalam kompleks masyarakat itu kita semua sama. Dalam soal kemajuan ummah kita mesti bersatu.

MINGGUAN: Prof. Diraja Ungku Aziz dalam satu wawancara sebelum ini menyebut bahawa orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individualistik. Tan Sri nampaknya bukan dari golongan itu?

SYED MOKHTAR: Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.

Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.

Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.

MINGGUAN: Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu?

SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

MINGGUAN: Kenapa ini berlaku?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.

MINGGUAN: Inikah pegangan Tan Sri dari dulu lagi; rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain?

SYED MOKHTAR: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

MINGGUAN: Tan Sri melihat menolong orang lain itu satu tanggungjawab?

SYED MOKHTAR: Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.

MINGGUAN: Kalau Tan Sri tidak buat semua ini apa Tan Sri rasa?

SYED MOKHTAR: Saya akan rasa sedih kerana tidak banyak orang Melayu yang tolong Melayu. Saya tidak kisah; saya boleh tidak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya akan rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata, kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.

Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang.

Saya ada emotional attachment kepada agama, negara, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak mustahak. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

Kalau saya dulu tidak dapat peluang belajar tinggi, kenapa pula saya hendak sekat peluang orang lain? Lagipun saya datang daripada golongan itu. Kalau ada rezeki lebih sedikit takkan saya sanggup lupakan mereka.

MINGGUAN: Tan Sri mengharapkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya seperti Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Saya kadang-kadang sedih apabila media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.

Tetapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat, tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

MINGGUAN: Apakah yang selalu Tan Sri fikirkan?

SYED MOKHTAR: Saya selalu fikir bagaimana hendak mengekalkan kumpulan ini untuk masa depan; bagaimana hendak menjalankan semua projek di bawah yayasan.

Sebahagian daripada keuntungan kumpulan ini saya khaskan kepada kos operasi Yayasan Al-Bukhary yang akan menempatkan 3,000 pelajar dari negara-negara Islam - 70 peratus pelajar antarabangsa, 20 peratus pelajar kita dan 10 peratus bukan Islam. Kita memberikan fokus kepada soal pendidikan anak bangsa. Kelas tuisyen itu boleh dikatakan 100 peratus untuk anak Melayu. Universiti itu pula adalah untuk pelajar-pelajar yang cerdik tetapi tidak ada kemampuan.

Kita akan ambil mereka dan beri bantuan seratus peratus. Kita mahu mereka menjadi profesional yang apabila tamat pengajian boleh pulang ke negara masing-masing dan membantu masyarakat mereka pula.

MINGGUAN: Salah satu masalah ekonomi orang Melayu ialah pengangguran di kalangan siswazah. Dalam hal ini misalnya apakah yang boleh Tan Sri lakukan?

SYED MOKHTAR: Saya telah meminta kumpulan kami mengkaji masalah ini dan mengambil sekumpulan mereka bekerja dan memberikan latihan. Insya-Allah kami akan sentiasa mencari perniagaan baru, mungkin daripada swasta atau kerajaan. Kalau daripada kerajaan orang mungkin akan menjadikannya sebagai isu lagi. Tetapi kalau kita terus mencari peluang dan perniagaan lain kita akan terus dapat membantu orang lain untuk mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya sendiri semata-mata.

MINGGUAN: Laporan-laporan tentang Tan Sri selama ini, itu maksudnya bukanlah untuk mengembangkan kekayaan peribadi?

SYED MOKHTAR: Diri saya tidak mustahak. Kalau saya hendak ambil alih mana-mana syarikat pun saya mesti ada kemampuan untuk menguruskannya. Orang tidak tahu bahawa apabila saya mengambil sesetengah syarikat itu ia sebenarnya dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu keluarga pekerjanya yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu. Tetapi apabila saya mengambil alih syarikat-syarikat itu orang bertanya apakah tidak ada orang lain selain daripada Syed Mokhtar?

MINGGUAN: Orang tidak bercakap tentang hal-hal di belakang itu.

SYED MOKHTAR: Perkara yang elok lambat orang tahu. Saya ini ada dibenci orang. Orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa? Kaya itu bukanlah pada diri saya. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara saja. Saya tidak ada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang. Tetapi banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

MINGGUAN: Apakah yang orang tidak tahu tentang syarikat-syarikat yang Tan Sri miliki itu?

SYED MOKHTAR: Sesetengah daripada syarikat itu bermasalah; saya membeli untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan bangsa lain atau orang Melayu sendiri yang boleh membawa lebih kerosakan. Saya tidak menggadaikan hak dan kepentingan orang kita. Tetapi kerja saya bukan beli syarikat. Saya ada perniagaan sendiri - syarikat lori dan beras. Alhamdulillah, Tuhan memberikan saya kekuatan untuk ke depan apabila ada peluang. Walaupun sesetengah syarikat itu bermasalah tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang juga - bagaimana hendak mengubahnya. Tetapi saya tidak pernah ambil daripada mulut orang Melayu lain; sudah hendak sampai ke kerongkong saya ambil, saya tidak buat begitu. Apa yang saya dapat ini adalah daripada usaha saya sendiri. Ada juga yang saya usaha tetapi tidak dapat dan orang tidak tahu. Apa yang saya dapat itu pula yang menjadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Orang kita terlupa bahawa bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi negara ini. Siapa pula yang memberikan pelbagai kemudahan untuk membolehkan mereka memegang kepentingan itu? Siapa pun tidak kata apa. Inilah masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik Pas dan UMNO; di bandar, berpecah kerana ini. Saya tidak pergi cari mana syarikat hendak saya beli. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

Orang tidak tahu bagaimana saya rugi lebih RM2 bilion dalam pelaburan semasa kegawatan 1997 semata-mata kerana hendak melindungi 30 peratus kepentingan orang Melayu.

MINGGUAN: Setiap kali mendapat rezeki daripada Tuhan, apakah yang Tan Sri rasakan?

SYED MOKHTAR: Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok, bukan lebai pondok. Tetapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu kita minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan. Orang kata saya tidak ada duit tetapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara kita boleh buat.

Kalau beratus-ratus orang Cina dalam bandar boleh buat kenapa saya orang Melayu tidak boleh? Tetapi kerana saya Melayu orang menjadikannya sebagai satu isu. Inilah masalahnya. Tidak ada salahnya berhutang kalau berniaga. Tetapi sebelum berhutang RM100 juta kita mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Soal tanggungjawab ini yang banyak orang tidak sanggup pikul. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar: Kalau dapat lebih, beri lebih; kalau kurang, beri kurang.

MINGGUAN: Tan Sri ada sikap yang begitu sensitif kepada keperluan anak bangsa dan saudara seagama. Soalnya kenapakah tidak banyak korporat Melayu yang ada sikap sebegini?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana masalah didikan atau kerana mereka naik dengan begitu mudah. Atau mungkin juga kerana pergaulan mereka. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal-usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan. Saya sangat berterima kasih kepada emak saya yang ambil setengah daripada duit pertama saya dulu. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak juga melakukan kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

MINGGUAN: Adakah Tan Sri rasa keseorangan melakukan semua ini?

SYED MOKHTAR: Saya fikir banyak orang yang buat begini juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Insya-Allah kita berdoa mereka akan buat lebih lagi pada masa akan datang. Saya buat apa yang tergerak dalam hati dan apa yang boleh dicapai oleh tangan. Saya juga insaf bahawa diri saya tidak kekal; saya hanya seorang hamba Allah yang kalau ditakdirkan hidup sehingga 70 tahun umur saya hanya tinggal 17 tahun saja lagi. Oleh itu saya suka melakukan perkara yang kekal dan berterusan seperti yayasan ini. Kalau bangsa lain boleh ada macam-macam yayasan kenapa tidak kita? Apa yang penting ialah komitmen. Pendekatan saya selari; sambil mencari rezeki saya juga menyumban semula kepada masyarakat. Saya sendiri tumpang seronok melihat orang lain mendapat kesenangan daripada sedikit apa yang saya ada ini.

MINGGUAN: Tan Sri seronok melihat orang lain dapat berkembang hasil daripada rezeki yang Tan Sri nikmati?

SYED MOKHTAR: Ya. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

MINGGUAN: Harapan Tan Sri kepada orang Melayu lain yang juga sudah berjaya?

SYED MOKHTAR: Insya-Allah, kebanyakan orang Islam ini baik-baik, ada niat yang baik. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi mungkin masanya belum sampai atau Tuhan belum menggerakkan hati mereka lagi. Mungkin juga mereka ada masalah maklum saja selepas tahun 1997 masih belum banyak yang pulih semula.

Saya sendiri sambil berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya berdoa apabila nanti saya pejam mata masa itu juga hutang pun habis, perniagaan dan amal jariah pun sama-sama berjalan elok.

Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat buat.

MINGGUAN: Kepada orang Melayu yang sanggup hisap curut RM500 tetapi susah hendak tolong orang lain, apakah yang hendak Tan Sri katakan kepada mereka?

SYED MOKHTAR: Kalau mereka hendak hisap curut, pakai kereta Porsche atau duduk rumah besar, tak apa. Cuma ingat-ingatlah juga tanggungjawab untuk membantu anak bangsa. Kita tidak boleh marah kepada mereka. Kita ingat-ingatkan saja. Kebanyakan mereka itu orang yang bagus-bagus; mungkin terbawa-bawa saja. Kepada saya ini masalah kecil saja. Masalah yang lebih besar ialah diri kita sendiri. Orang Melayu kena yakin dan berusaha untuk terus memajukan diri.

MINGGUAN: Harapan Tan Sri kepada orang Melayu keseluruhannya?

SYED MOKHTAR: Peluang kita semua sama; saya tidak dapat lebih dan tidak dapat kurang. Cuma satu saja saya minta daripada orang Melayu: Beri masa sedikit kepada apa yang hendak diusahakan. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, insya-Allah boleh maju. Mereka juga kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran. Kalau sudah maju dan hendak mempelbagaikan perniagaan, masa itu tidak mengapa. Kita juga jangan cepat berputus asa. Putus asa boleh tetapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Kita juga jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

MINGGUAN: Bolehkah orang Melayu maju?

SYED MOKHTAR: Tidak ada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun kalau ada yang mengatakan orang Melayu tidak boleh maju. Cuma nasihat saya kalau hendak jadi apa pun, jadilah yang terbaik dalam bidang masing-masing sehingga kukuh bertapak.

Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

MINGGUAN: Cara hidup Tan Sri bagaimana?

SYED MOKHTAR: Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana. Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus. Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

MINGGUAN: Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

SYED MOKHTAR: Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberikan gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya.

Kita kena tekankan hal-hal yang positif tentang orang Melayu. Orang Melayu boleh jadi yang terbaik dalam apa juga bidang kerjaya mereka. Itu yang perlu kita lakukan.

MINGGUAN: Di kalangan orang Melayu masih ada pemikiran bahawa kerajaan perlu menolong mereka. Bagaimanakah Tan Sri melihat realitinya?

SYED MOKHTAR: Saya ingat kena tengok tahap-tahapnya. Kerajaan kena tolong orang Melayu. Orang Melayu mesti naik berperingkat-peringkat. Bantuan kerajaan sentiasa ada. Sistemnya sudah ada. Kalau orang Melayu masuk ke dalam sistem itu, mereka sudah boleh jalan ke depan.

Tetapi seperti saya katakan tadi mereka perlu melalui proses ujian masa. Mereka yang perlukan bantuan ini ialah mereka yang hendak cepat dan tidak faham apa. Orang Melayu sebenarnya tidak perlu meminta kerajaan membantu kerana dasar itu memang sudah ada. Orang Melayu sebenarnya yang kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

Saya mendapat nikmat daripada DEB sejak awal pelaksanaannya lagi. Ketika itu lebih susah kalau hendak dibandingkan dengan peluang-peluang yang ada sekarang.

MINGGUAN: Adakah Tan Sri puas hati dengan apa yang sudah dilakukan ini?

SYED MOKHTAR: Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada air segelas, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

MINGGUAN: Apakah yang Tan Sri rasa apabila melihat orang yang menerima bantuan daripada yayasan ini?

SYED MOKHTAR: Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

Saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh beli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tidak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak-anak dari luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu yang cantik.

Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan kita beri kurang daripada itu, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

MINGGUAN: Tan Sri tentu rasa boleh menyumbang lebih lagi daripada ini?

SYED MOKHTAR: Memang itulah yang selalu saya rasa. Saya kata kepada kawan-kawan apa yang kita buat ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Insya-Allah, kalau orang Melayu lain boleh bersama-sama membantu tentulah lebih baik. Ayah saya kata, guni beras kalau seorang pikul memang berat tetapi kalau ramai-ramai kita pakat pikul ringan jadinya.

MINGGUAN: Kenapa beri wawancara sekarang?

SYED MOKHTAR: Saya rasa saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan yang serong tentang diri saya itu. Saya kena membela diri. Setidak-tidaknya saya jelas dengan apa yang hendak saya lakukan. Terpulang bagaimana umum hendak menerimanya.

Kepada saya, apa yang benar itu akan kekal. Saya segan kerana kerja saya yang sedikit ini orang besar-besarkan. Niat saya baik tetapi orang fikir sebaliknya. Saya bukan orang jahat. Saya asal orang miskin.

Saya pun sebenarnya bukan hendak menonjol-nonjolkan diri. Saya hormat kepada pemimpin. Saya akan sama-sama membantu. Pemimpin datang dan pergi tetapi saya hormat kedudukan itu. Perjuangan yang mereka tentukan itu akan terus saya bantu.

BACA :

Bank Muamalat milik Tan Sri Mokhtar

Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary Derma RM127 juta

Bina Universiti di Johor bernilai RM 700 juta

KOMEN SAYA :

Alhamdulillah, saya gembira dengan jutawan Muslim yang mempunyai kualiti dan pemikiran begini. Memang amat baik dan banyak yang bertepatan dengan kehendak Islam.

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Petikan dari utusan malaysia dan laman web www.zaharuddin.net

Wednesday, June 18, 2008

KARTIKA-NUKILAN IJAADIKA

KARTIKA

Kalaulah aku penulis , aku akan paparkan segala tentang kamu,ketenangan kamu,segar helaan nafas kamu ,semua tentang kamu, memang sukar nak ku gambarkan ………
Ah ! terlalu cantik,keluh Salman, di helanya nafas,sambil melabuhkan badan.selepas kepenatan dua jam perjalanan ke Desa Utama tempat yang selalu menerima keluh kesah Salman selama tiga tahun kebelakangan ni,

Biarlah ku relakan kau pergi
Tinggalkan derita bersamaku
ku doakan kau bahagia disisinya
sementara biarkan aku menangis

Sayup –sayup terdengar lagu Tommy J.Pissa dah jadi lagu popular Salman ketika ini, kenapa aku?
Persoalan demi persoalan timbul.apa boleh buat aku terpaksa menerima kenyataan.hakikat semua di dunia ini adalah pinjaman.
Pertemuan-pertemuan dulu tidak pernah meraih kemesraan, mungkin sikap aku
Sendiri waktu itu,tapi aku terperasan juga dia lain dari teman –teman yang lain,
Pakaian , tingkah laku, segalanya dia memang lain dari yang lain.
“ kartika mana fail yang saya minta! jerit aku di talian telifon”, “ maaf Encik ,kartika dekat hospital sakit. balas jenny.tapi fail-fail semua Tika dah letak dekat meja Encik sebelum dia ke hospital “tambah Jenny satu-satu gadis Tionghua di permis aku.
Oh y…a.ya ,thanks Jenny, sakit apa dia, maksud saya Kartika,
,apa sakitnya,Tanya ku sepontan…
Luekimia Encik,dah lama rawatan dah selalu tu pasal lo, dia selalu cuti sakit,
aku dengar saja celoteh Jenny, perempuan tu kalau , boleh cakap macam bertih, fikiran mula berperang, O…padan lah nampak ,Dia lain sikit,diam tak banyak cakap tapi setiap kerja yang aku berikan semua ok,Je,tak banyak permasaalahan tak macam Salina dulu last-last aku juga yang kena buat semula,dua tahun lepas kalau Salina masuk bilik tak pakai pewangi bilik pun tak pa,sekarang ni kena lah pakai pewangi bilik, umat yang sorang ni tidak ada bau ,Cuma bau bedak baby saja.
Assalamualaikum En Salman, saya Kartika, sekarang saya ada dekat wad ,saya boleh berkerja disini,itu pun kalau En Salman nak saya bantu…
“Ah tak payah lah” sela aku, berapa lama lagi awak disana! Bagaimana tugas awak disini,siapa bakal buat,kalau awak ada masaalah ambil op saja,mungkin tak timbul masaalah nanti,” putus aku.
Kartika terkedu, berbeza anak dengan bapa sakitnya hati ,niat baik, kenapa dengan mamat yang seorang ni tak pernah apa aku buat dia ucap terima kasih
Memang orang belajar dan berkerja luar Negara tak biasa menghargai apa orang buat , “lirih hati kecil Kartika.
Tiada suara ditalian dan… terputus.aku tersasar, terkedu,baru aku sedar tidak sepatutnya aku tercakap sedemikian .

Khazanah Lama


Kuku Kambing.Orang dulu-dulu gunakanya untuk menanam anak padi.Pokok padi diletakkan di hujung kuku kambing sebelum ditekan kedalam selut.Dalam dan jarak anak pokok padi biasanya ikut penanam.Namun untuk menanam pesawah terpaksa membongkok dan ini bukan suatu kerja yang mudah.Bayangkan kalau berekar-ekar luas bendang tu,mau bongkok badan dibuatnya.Sekarang masih ada yang menggunakan kuku kambing, tetapi sangat jarang kelihatan.Kalau ada pun kat Muzium saja.Begitu juga dengan penimba semai.Sangat susah untuk kita lihat sekarang.Anak-anak kita mungkin tak berpeluang lagi untuk melihat benda ni suatu hari nanti.

Tuesday, June 17, 2008

Politik Melayu

NIK AZIZ SETUJU, YANG LAIN MACAM MANA?

Syor Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya pemimpin-pemimpin utama Melayu Muslim di Malaysia duduk semeja bagi berunding untuk meleraikan kekusutan, hari ini mendapat reaksi positif daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau setuju untuk duduk semeja dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dicadangkan.

Beliau juga dilaporkan berkata, "Lama dah kita (PAs) minta nak diadakan pertemuan seperti ini tetapi Umno yang tidak mahu. Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan."Selanjutnya..Klik Disini

Monday, June 16, 2008

बात दुइत देंगन GOOGLES ADSENS



Cara-cara menambah duit poket anda.Apa yang diperlukan hanyalah sedikit usaha.Walaupun nampak macam karut,tapi percayalah ramai yang sudah berjaya!Anda bila lagi?.Tepuk dahi tanya sakit ka dak...Betul ka macam tu??lu pikirla sendri bebb...

Tuesday, June 10, 2008

Jambatan Bengkok




Pelik,kenapa harus dibatalkan jambatan ini walaupun bengkok?Nak tau Klik Disini!

Sunday, June 8, 2008

Euro 08




Demam bolasepak kini melanda!Bagi fanaticos bolasepak, inilah masanya mereka menunjukkan sokongan kepada pasukan masing-masing.16 Pasukan handalan Eropah berentap menunjukkkan kehebatan masing-masing dalam usaha menjulang piala berprestij selepas Piala Dunia.Untuk dinobatkan sebagai pasukan terbaik Eropah,ia memerlukan komitmen,usaha keras tanpa putus asa dan sedikit nasib.Pasukan manakah yang bakal menjulang Piala Euro kali ini?Sama-samalah kita tengok nanti.Belanda dilihat bakal menjadi juara untuk edisi kali ini.The oranje berada dalam situasi terbaiknya setelah mempamerkan aksi memberansangkan sepanjang kelayakkan lalu.Bagi kaki bola,selamat BerEURO...2008.Pesanan penaja,makan bola,tidur bola..tengok bola..jangan tak kerja!

Thursday, June 5, 2008

Ular Viper Versi Malaysia!



Inilah wajah Viper yang telah ditamatkan riwayatnya.Nyaris-nyaris bapa aku menjadi mangsanya.Besarnya lebih kurang saiz tangan orang dewasa.Panjangnya 50 cm.Semasa kejadian,Viper ni sedang mengeramkan telurnya!Bila dihitung,24 biji telur kesemuanya!Bayangkan kalau semua menetas,haru biru di buatnya.Nasib Ayah aku agak baik kerana aku terserempak dengannya dikala Ayah aku sudahpun terpijak telurnya!Kalau tidak memang nahas dah hari tu.Syukur.....Pesan dia,Kalau masuk hutan atau tempat semak bacalah ayat ini:Salamun 'Ala Nuhin Fil 'Alamin...atau Salamun 'Ala Sulaiman Fil 'Alamin..mudah-mudahan terhindarlah dari binatang yang berbisa.

Tuan Empunya Moto


Inilah si empunya motosikal klasik Honda C70.Sesudah menghabiskan banyak modal dan masa serta idea,kawan kita ni pun apa lagi mula la melaram dengan ratu hati dia yang baru ni."Tengok boleh,pinjam sori boleh naik lori",dia kata la.Mmm..betul jugak,dah perabih banyak RM kat ratu hati,takkan senang-senang nak bagi orang pinjam.Betul ka macam tu?

Tuesday, June 3, 2008

BLOG vs VLOG






One Million!

Touching one million hits among bloggers seem to be something to be celebrated. I was told that most bloggers will congratulate each other when one of them hits the million mark, and call the one millionaire.

Some bloggers have described my achieving the million mark within a month of my first posting as something phenomenal; one even suggested that it may be a world record of sorts.


Read more,click here.....

Monday, June 2, 2008

Khazanah

Inilah peralatan yang digunakan orang dulu-dulu dalam menghasilkan Beras.Zaman tu tak de la lagi mesin padi sebagaimana yang kita nampak hari ini.Orang dulu-dulu memang hebat.Semuanya menggunakan kreativiti sendiri;melalui kesukaran dan pengalaman diri.Jadi bila harga beras naik,tak perlulah menggila kerana selain dari Badang dan Tong Pemukul "Bekas Padi" pun mereka ada.Setidak-tidaknya boleh disimpan untuk musim menuai yang akan datang.Kata mereka "jimat masa ada,ingat sebelum kena".Betul ka macam tu?

Sunday, June 1, 2008

World!



Asmawi aka Mawi memang ada auranya tersendiri bila menyayi.Budak kecil pun pandai sebut Mawi.Dengan world sekali disebutnya.Begitulah penangan mawi.Jika nak dibandingkan dengan Jamal,aku memilih Jamal.Suaranya memang hebat.Sehingga hari ini belum ada penyanyi yang memiliki suara sehebat dia.Lagu apa yang dibawa pun memang sedap didengar.Baik lagu baru mahupun lagu lama.

Freestylo







Holaa!

Thursday, May 29, 2008

Rileks Kejap

Seorang jutawan muda mempunyai setiausaha yang cantik jelita.Kerna setianya sang sekretaris padanya, maka suatu hari ketika sang jutawan hendak pergi bersukaria, dia pun menyerahkan segala tugas beserta kepercayaan kepada sang sekretarisnya. Pada suatu hari, Suzy -nama sang sekretaris- menerima kunjungan rakan kongsi bosnya yang berasal dari Arab yang bernama Akhmad Bin Malubur.Melihat je Suzy Pak Arab ni automatik jatuh hati ngan Suzy.Cinta pandang pertamalah katakan.


Akhmad : Oh Suzy... Maukah engkau menjadi isteriku ?

Suzy : Jangan Tuan, kitakan sedang berbisnes......

Akhmad : Lupakan soal bisnes ,apapun yang kau minta pasti akan kuturuti asalkan kau menjadi isteriku !

Suzy : ......???....( biar betul Pak Arab ni!)

Sang sekretaris pun ligat dok pikio macam mana cara menolak lamaran Akhmad secara halus. Mengingat bosnya dan Pak Arab yang merupakan rakan kongsi bisnes yang lama, akhirnya dia dapat satu idea! jengg..jengg

Suzy : Baik , saya menerima lamaran Tuan,tetapi dengan beberapa syarat....

Akhmad : Aku terima syaratnya.. apa saja katakan.....!

Suzy : Ok! Saya nak apartmen 17 tingkat kat dindingnya di tanam batu permata dan berlian yang ada di seluruh dunia beserta perabotnya sekali yang mewah-mewah!..

Akhmad : (Sambil menekan Teponnya ) Hello Jamal.....! Cepat kau beli sebuah apartmen di Beverly Hills sekarang jugak!.

Pak Arab Raja minyak ni menerima syarat pertama Suzy. Suzy pun segera memberikan syaratnya yang kedua.

Suzy : Ok ..sekarang syarat yang kedua, belikan Suzy beberapa buah limo dan 5 buah pesawat Boeing 747 berlapis emas 27 karat!

Akhmad : (Sambil menelan air liurnya) Seraya berkata Beres....No hal!

Suzy : (Sambil kepalanya ligat berpikio.. untuk syarat terakhir) Saya sudi mejadi isteri Tuan asalkan syarat terakhir ini dikabulkan!

Akhmad : Baik.. baik !!! Kau katakan saja...

Suzy : Saya mau menikah dengan orang yang mempunyai "anu" sepanjang 35 cm , coz saya seorang hiperseks .....!

Akhmad : (terdiam seribu bahasa)........ Gulpp...telan air liur..Waduhh 2x...

Suzy : (Dalam hati, Suzy yakin syarat yang satu ini tidak akan dipenuhi) Bolehh Tuan Akhmad ...?? (sambil menyindir)

Akhmad : (Sambil menangis-nangis melolong menyesal pun ada..) "Baik akan saya potong 10 cm "anu" saya.

Berani Gagal a.ka. Dare To Fail

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya!.98% daripada self-made millionaires yang berjaya hari ini pernah gagal! Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan mereka.Kita hanya melihat 99% daripada kejayaan orang lain hakikatnya 99% adalah kegagalan dan kejayaan selebihnya.

Punca utama seseorang itu tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.Takut kepada kegagalan adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan.

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan" ketahui bahawa itu adalah benteng/ halangan utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE,just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!


Fikirkan kisah-kisah ini pula:


-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4
tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang "tiada harapan"!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja di kedai runcit
sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual!". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas"!

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja"!Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak!.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan.Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah,mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!


Ingat:-

"Takut kepada kegagalan
adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya
Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan"


Wednesday, May 28, 2008

Not For Sale!

To the Blues just forget it!He is goin to be a legend in Anfield.They think that money can buy everything?They're wrong,totally wrong.He has a done a very good job at Anfield.Why should he moves.Can he get place there?You will never walk alone-Elnino.

"The situation is very simple – we do not want to sell Fernando Torres.I am not aware of any offer being made by Chelsea but even if there was my answer would be the same – he is not for sale".-The Reds Boss-


Again he is not for sale!

MOTIVASI


“Kegagalan hanya satu persimpangan dan bukannya jalan mati”

Itu yang selalu orang tersilap. Kegagalan dianggap petaka, seolah-olah suatu kematian dan tiada peluang kembali. Sebenarnya kegagalan datang bersama pengalaman dan pengetahuan. Kegagalan itu sama penting dengan kejayaan. Bahkan kejayaan yang dibina hasil daripada kegagalan lebih nikmat dan besar maknanya.

Orang Melayu jadi lemah dalam perniagaan sebab takut gagal. Apabila mindanya menyarankan supaya berniaga, mindanya juga yang memomokkan dengan kata-kata, “Tak usah berniaga, nanti rugi.”

Maka dia pun tidak berniaga sedangkan belum tentu kerugian yang akan ditempuhnya, boleh jadi kejayaan sebab dalam dunia perniagaan hanya ada dua; untung atau rugi. Kalau tak untung rugi dan kalau tak rugi untung. Jadi, mengapa mesti membesarkan perkataan rugi?

Setiap orang pasti menempuh saat gagal dan saat berjaya dalam hidupnya. Sama ada kecil atau besar kegagalan atau kejayaan yang dicapai, ia tetap fenomena hidup – ada turun dan naiknya. Tiada manusia sentiasa di atas, ada kalanya ke bawah juga. Pemimpin sehebat mana pun tidak selamanya di situ, sama ada setelah tiba masanya atau pun tidak, dia boleh diturunkan.

Bukan berjaya atau gagal persoalannya tetapi usaha yang dilakukan untuk menggapai apa yang dinamakan kejayaan itu yang menjadi isunya.

Berniaga perlukan keberanian; sama ada berani untuk gagal atau berani untuk berjaya. Sewaktu berjaya kegagalan sentiasa mengintai dan sewaktu gagal kejayaan berada di sebelah.

Turun dan naik adalah asam garam kehidupan. Perniagaan juga demikian. Ia satu bidang yang amat menjanjikan. Sebagaimana bulatnya bumi perniagaan juga tiada penghujung. Berjalanlah mengelilingi bumi anda akan kembali di titik bermula. Tiada jalan mati. Ia sentiasa berkembang dan penuh simpang. Setiap simpang memberikan jalan dan setiap jalan memberikan penyelesaian.

Minda Melayu perlu selari dengan perubahan zaman. Zaman bergerak pantas dan dunia perniagaan menjadi kenderaannya. Setiap yang tidak ingin melibatkan diri dalam bidang ini bakal tiada kenderaan untuk membina kekayaan dan kemewahan. Dia akan ketinggalan dan akan terus ditinggalkan.

Pemimpin Pemusnah

"Apabila musuh menyokong ketua pasukan lawannya, kita boleh ramal ada sesuatu yang tidak kena berkenaan dengan ketua tersebut"......Klik di sini!


Tun Dr Mahathir Mohamad,www.CheDet.Com,Mei 08

Tuesday, May 27, 2008

C70 Classic Part II

Bought at RM600..Once it's done its Price Up To almost RM 3k!
Walauwehhh



puyu-puyu@blogspot.com copyright

Honda C70 Classic

A friend of mine throws RM 2K++ just to make up his Old Kapcai..

To Be like This.
Well done!

"Mai Secawannn"

Kopi Radix Tongkat Ali

Halalan Toyyiban
100% Bumiputera Muslim
Murah
Mudah
Mat Saleh pun tau minum...

Bagi aku bukan lagi mai secawan;

"Mai Sepapan"

Betul ka?

Amazing Table Tennis



Don't try this at home!
Try if You can...

FITNAH



Renung-renungkanlah...


Mini Classic


Such a wonderful car isn't it?If I got one the world surely mine.Not this time next time probably..

Monday, May 26, 2008

Betulkah?

Ada mata tengok
Ada telinga dengar
Ada mulut SYYYY......

Betul ka macam tu?

How To Make Your Win XP Ori

Just Follow This Video.
  • 100% Guarantee!
  • At no Cost!
  • Happy Trying