Thursday, May 29, 2008

Berani Gagal a.ka. Dare To Fail

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya!.98% daripada self-made millionaires yang berjaya hari ini pernah gagal! Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan mereka.Kita hanya melihat 99% daripada kejayaan orang lain hakikatnya 99% adalah kegagalan dan kejayaan selebihnya.

Punca utama seseorang itu tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.Takut kepada kegagalan adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan.

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan" ketahui bahawa itu adalah benteng/ halangan utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE,just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!


Fikirkan kisah-kisah ini pula:


-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4
tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang "tiada harapan"!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja di kedai runcit
sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual!". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas"!

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja"!Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak!.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan.Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah,mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!


Ingat:-

"Takut kepada kegagalan
adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya
Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan"


No comments: