Tuesday, June 17, 2008

Politik Melayu

NIK AZIZ SETUJU, YANG LAIN MACAM MANA?

Syor Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya pemimpin-pemimpin utama Melayu Muslim di Malaysia duduk semeja bagi berunding untuk meleraikan kekusutan, hari ini mendapat reaksi positif daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau setuju untuk duduk semeja dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana dicadangkan.

Beliau juga dilaporkan berkata, "Lama dah kita (PAs) minta nak diadakan pertemuan seperti ini tetapi Umno yang tidak mahu. Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan."Selanjutnya..Klik Disini

No comments: